Lms Esport Kesihatan Mental Pemain E-Sukan
15 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 februari 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Kesihatan Mental Pemain E-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Antara tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi pemahaman bahawa Kesihatan mental pemain e-sukan sangat penting kerana mereka sering berdepan tekanan tinggi, jadual latihan yang panjang, dan persaingan lawan yang sengit. Tekanan ini boleh menyebabkan stress, keletihan mental, serta gangguan tidur sekiranya pemain tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Sokongan emosi, rehat mencukupi, gaya hidup sihat, dan pengurusan masa yang seimbang membantu mengekalkan fokus, prestasi, serta kesejahteraan mental pemain e-sukan secara keseluruhan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: